Sedikit info mengenai baka-baka yang kami maksudkan supaya tiada salah interpretasi antara baka dan fizikal.
# Definasi yang kami berikan tidak mengikut garis panduan ARBA sepenuhnya. Arnab kami juga tiada bersijil atau mencapai "Show Quality". Sebab tu harga berpatutan dan tiada kos import. TETAPI kami cuba menjaga keaslian baka kami dengan tidak mencampurkan dua baka berlainan kecuali untuk baka tertentu seperti "Melaka Cute". Kebanyakan induk kami diimport dari Indonesia dan Thailand.
# arnab dalam gambar dibawah ada yang telah dijual dan ada yang disimpan untuk baka.Selamat menjamu mata dan terima kasih.
BAKA HIASAN / PET
#Lion Head
- Terdapat bulu-bulu yang panjang disekeliling kepala (wajib) dan ada yang mempunyai skirting.
- Kepala tirus seperti arnab kampung (local)dan tidak bulat atau bersegi. Ikut mana suka.
- Fizikal diatas telah dapat dilihat pada umur 1 bulan keatas.
- Warna pelbagai.
* Gambar atas - dewasa (color - birukelabu), bawah - umur 1 bulan (color - oren, hitam,musang) |
|
# Angora
- Terdapat bulu-bulu yang panjang diseluruh badan, termasuk dikepala. Ada yang bulu halus macam kapas ada yang bulu kasar.
- Kepala tidak tirus dan biasanya bulat atau bersegi.
- Terdapat pelbagai jenis dan nama angora yang dijual seperti Turki, Butterfly, Fluffy, etc. Kebanyakkan jenis ini tida terdapat di ARBA. TETAPI sangat diminati ramai kerana rupanya yang cantik dan harga yang rendah.
- Warna pelbagai. |
|
# Rex
- Terdapat bulu-bulu yang pendek seperti baldu di seluruh badan.
- Kepala tirus dan bentuk fizikal seperti arnab local. Warna pelbagai.
- Permintaan tinggi! |
|
# Teddy Bear
- Terdapat bulu-bulu yang panjang gedu diseluruh badan.
- Saiznya kecil sedikit daripada angora biasa. Teliga pendek dan berbulu.Kepala biasanya bulat atau bersegi.
- Sukar nak membezakan antara TB dan Wolly Toy. Lebih kurang sama bentuk fizikal dan harga.Sangat diminati ramai kerana rupanya yang cantik.
- Warna pelbagai. |
|
# English Angora
- Terdapat bulu-bulu yang panjang diseluruh badan, termasuk dikepala. Ada yang bulu halus macam kapas ada yang bulu kasar.
- Terdapat bulu yang lebat pada telinganya yang panjang. Ada yang bulu melempai dihujung telinga.
- Terdapat juga yang tiada bulu melempai ditelinga kerana telinga pendek sedikit tetapi bulu di bahagian muka sangan lebat dan panjang .
- Warna pelbagai. |
|
# Fuzzy Lop- Kedua-dua telinga hendaklah mencecah kebumi. Bulu lebat seperti angora.Jika dikacuk, biasanya telingan hanya turun selepas 2.5 bulan atau hanya turun sebelah.
- Kepala bulat atau bersegi.Jika muka tirus seperti arnab local mungkin tuannya telah mencapurkan dengan baka yang lain. TETAPI harga biasanya ditawarkan jauh lebih murah daripada yang asli. Warna pelbagai.
- Permintaan tinggi! |
|
BAKA PEDAGING
# New Zealand White NZW atau Chincila
- NZW hanya berwarna putih. Telinga besar - Gambar 1
- Chincila berwarna kelabu - Gambar 2
- Dipasaran terdapat banyak jenis dan warna pedaging ni. Keasaliannya sangat diragukan. TETAPI ape yang PENTING adalah kadar tumbesaran dan berat induk memcecah 3.5kg. |
|
No comments:
Post a Comment