Daging arnab mempunyai kadar protein yg tinggi, daging arnab juga mempunyai kandungan serat halus yg tinggi. Kandungan airnya juga lebih tinggi(67.9%) berbanding dengan ternakan lain seperti ayam pedaging, lembu atau biri-biri. Kadar lemak yg terkandung di dalam daging arnab adalah 75g/kg di mana sebahagian besar lemak tersebut adalah dalam bentuk tak tepu. Selain itu, paras kolestrol di dalam daging arnab rendah iaitu 1.39mg/kg manakal kandungan natrium hanya 399mg/kg.
Masih ragu-ragu untuk memakan daging arnab?Cuba dahulu dan anda akan merasai kelebihan yang terdapat di dalamnya. Ubah persepsi dan minda anda tentang daging arnab dan cuba dapatkan kelebihannya sekarang nescaya anda akan dapat merasainya insyaAllah..Belum cuba, belum tahu..Dah cuba baru tahu..majulah arnab untuk negara..
Rendah Lemak
Berdasarkan khasiatnya yang dapat meningkatkan kemampuan golongan lelaki, daging arnab memiliki banyak persamaan dengan daging kambing. Kelebihannya adalah terdiri daripada kandungan protein yang lebih tinggi dan kadar lemak yang sgt sedikit.
Ia bukan saja dapat meningkatkan tenaga, malah dapat memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak. Oleh itu, ibu bapa disarankan utk menyediakan menu yg terdiri daripada daging arnab untuk keperluan tumbesaran anak-anak yg baik.
Daging arnab dapat mengempiskan perut dan melawaskan air kencing jika dimakan dlm kuantit yg mencukupi. Daging arnab yg terdapat pada bahagian kepala jika dimasak dan dimakan dapat mengubati penyakit demam malaria.
Daging Arnab
Segelintir masyarakat di Malaysia menganggap bahawa daging arnab adalah seperti kucing dan juga berkeberatan untuk memakannya. Bagi yang beragama Islam daging arnab adalah halal dimakan tanpa perlu berprasangka terhadap kesahihannya. Tahukah anda daging arnab adalah daging yang sgt baik jika dibandingkan dengan daging haiwan lain. Bukan setakat itu sahaja, daging arnab juga mempunyai byk manfaat dan juga boleh mengubati pelbagai penyakit kronik. Baik mari kita berkongsi ilmu tentang kebaikkan daging arnab.
Selain mempunyai rasa yang lebih enak berbanding dengan rasa daging haiwan lain seperti ayam dan itik, ia juga dikatakan mempunyai khasiat tersendiri untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan terutamanya bagi golongan lelaki. Ada pihak berpendapat bahawa dgn memakan daging arnab mampu meningkatkan tenaga batin orang lelaki. Pendapat ini telah pun dibuktikan secara ilmiah. Bardasarkan kajian yg dilakukan, daging arnab mengandungi asid lemak tak tepukadar protein yang amat tinggi sehingga dapat memberikan kesan yg baik terhadap kesihatan manusia. dan
Mengkut kajian yang telah dijalankan,membuktikan daging arnab mengandungi kadar protein yang tinggi dan boleh diserap oleh tubuh secara langsung sehingga menghasilkan tenaga. Disebabkan oleh itu ramai masyarakat yang memakan daging arnab mempercayai daging arnab dapat meningkatkan tenaga batin.
Anda pernah cuba daging arnab? Kalau belum, selamat mencuba. Memanglah sangat sedap daging arnab ni(tolong jgn bayangkan kecomelan arnab yer!).
Terlebih dahulu, daging arnab ini telah diisytiharkan HALAL untuk di makan. Jadi carilah pembekal yang menggunkan cara sembelihan yang sah disisi syarak. Ada yang meletakkan arnab ini seperti kucing dengan mengatakan arnab dan kucing ialah spesis yang comel atau lebih sesuai sebagai haiwan peliharaan. Tetapi perlu diingat disini, arnab tidak mempunyai taring seperti kucing. Arnab hanya memakan sayuran, buah-buahan dan pellet.
Terdapat pelbagai fakta menarik mengenai arnah. Melalui buku keluar MARDI pada 1995 iaitu Penternakan Arnab,daging arnab mengandungi; Tenaga = 160kcal; Crude Protein = 18%; Lemak = 7.1%; Air = 71%136mg/100gm; vitamin dan juga mineral lain.
Daging arnab dikatakan mampu merawat pelbagai jenis komplikasi. Antaranya;
- masalah pencernaan. daing arnab mudah dihadam
- tekanan darah tinggi dan gout
- demam malaria
- penyakit asma
- kencing tidak lawas
- dapat mengemaskan perut
Dikatakan juga daging arnab ini mampu meningkatkan tenaga batin lelaki dan bagi wanita, hempedu arnab ini baik utk kesuburan.
DAGING ARNAB, BAIK UNTUK KESIHATAN
Bandingkan Kadar Protein, Lemak, Kalori Dan Kolestrol Dalam Daging.
Sumber Dari :Wisconsin Meat Facts and Analysis, Fact Sheet ME 87-3, USDA HandbookDaging | Protein(%) | Lemak(%) | Kalori (per oz.) | Kolestrol (mg per oz.) |
Arnab | 22.8 | 6.3 | 44 | 55 |
Lembu | 29.9 | 10.1 | 61 | 73 |
Ikan Keli | 22.3 | 5.9 | 40 | 20 |
Ayam | 28.9 | 7.4 | 54 | 80 |
Kambing | 28.1 | 9.5 | 58 | 78 |
Khinzir | 27.7 | 14.8 | 60 | 72 |
Ayam Belanda | 28.9 | 4.9 | 48 | 65 |
No comments:
Post a Comment