Sunday 22 May 2011

penyakit yang boleh dihidapi arnab kesayangan anda

Mucoid Enteritis


>> Gambar dipinjam dari kak yan, Lola LamanRuhani
Penyakit Mucoid Enteritis atau juga dikenali sebagai mucoid enteropathy merupakan penyakit serius yang menyerang anak-anak arnab, tetapi ianya turut boleh dijangkiti oleh arnab dewasa. Kebarangkalian arnab akan mati adalah amat tinggi. Oleh itu rawatan segera perlulah dilakukan segera.
Simpton penyakit Mucoid Enteritis
  • Terdapat mukos atau lendir di sekitar buntut arnab. Tahi arnab dikelilingi dengan lendir seperti jeli.
  • Sistem perkumuhan tidak berfungsi dengan baik, arnab kurang berselera makan, menjadi terhidrat
  • Arnab menunjukkan tanda-tanda sakit, seperti berdecit atau mengetap giginya
Punca penyakit Mucoid Enteritis
  • Perubahan minum susu kepada pellet. Pastikan pellet yang anda beri arnab makan ialah yang berkualiti baik.
Rawatan Penyakit Mucoid Enteritis
  • Arnab berada di dalam kesakitan kerana terdapat gas yang banyak di dalam perut. Jika kesakitan ini berterusan, arnab akan berhenti makan dan minum. Rawatan cirit-birit boleh dilakukan seperti memberi arnab makan yakult.
  • Punca utama mucoid enteritis harus dirawat. Bakteria berbahaya yang terdapat di dalam usus harus disingkirkan dan digantikan dengan bakteria baik. Pemberian yogurt tanpa perisa (warna putih) adalah yang terbaik.
  • Hentikan pemberian pellet kepada arnab, beri ia makan alfalfa hay dan oat.
  • Lakukan rawatan ORS kerana arnab telah terhidrat dengan banyak. Pastikan ia minum air & makan seperti biasa. Bagi arnab nutrisi yang cukup, NutriCal yang selalunya diberikan kepada anjing dan kucing. Campurkan separuh Pedialyte dengan air dan galakkan arnab minum dengan banyak. Jika perlu, beri arnab minum dengan menggunakan syringe.
Anda boleh juga menggunakan ubat seperti berikut :-
Sumber >> Hanafi Hussin
Hanafi Hussin kaolin & pectin: untuk kawal najis.
ampilin: beertindak sbgai antibiotik.
ors: bagi tenaga.
ubat2 ni semua same je ngn ubat manusia
Sumber >> ArnabKus
Semoga entry kali ini dapat menyelamatkan nyawa arnab anda..

No comments:

Post a Comment